Pages

December 28, 2010

December 23, 2010

segalanya INDAH di PAHANG

PAHANG..yang mana ibu negerinya adalah Kuantan,merupakan negeri terbesar di pantai timur.pelbagai panorama yang memikat hati untuk dikunjungi...antara panorama terbaik::




air tenang dan lopak batu di pantai Batu Hitam.




Rumah nelayan di Tanjung Api.




Awan di Balok.




Bawah jambatan Tanjung Lumpur.




Batuan di Telok Chempedak.




Antara kedai lama di Kuantan.




Antara bangunan kedai lama di Kuantan.




Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.

December 21, 2010

PENGUBAHSUAIAN...

pengeditan amat penting jika pic yg disnap mengalami sedikit hilang keseimbangan...ini adalah sebahagian contoh sahaja..











December 20, 2010

KOLEKSI hdr

Sepanjang aku bergelumang dalam bidang yang mungkin aku dan segelintir org menganggapnya sebagai hobi yg "mewah"..dunia fotography.aku mula berjinak2 merpati belajar mengedit gambar2 yang aku kira cantik dan match dgn hukum alam.salah satunya seni HDR @ HIGH DYNAMIC RANGE.Hasil ini digarap dgn hati aku yang ada taman di dalamnya....



















inilah hasil usaha mengedit HDR..C&C please..!!

MACRO

Dalam banyak genre seni fotography...ini yang paling aku minat dan minat shot....


















KOLEKSI SELEKSI







December 08, 2010

TASIK CHINI



Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.

Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.



Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.

Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia").Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba Khmer yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.

Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan.

November 15, 2010

SIAPA AKU...?

04-10.1997.....

tarikh keramat aku memulakan satu "benda lain" yang aku sendiri tak tahu bagaimana rupa bentuknya.......dalam kegawatan ekonomi ,aku tiada pilihan..terpaksa mengharunginya jua.....aku tarik nafas dalam dalam dan menghelanya dengan begitu puas hati.......alang-alang bermandi darah ,biar sampai basah........

aku yang mulanya janggal,tidak tahu itu dan ini.........berperang dengan perasaan sendiri.....inikah jalan yang aku pilih untuk masa hadapan ku sendiri.......mengorbankan cita-cita org tua ku yang menginginkan aku pergi lebih jauh tapi inilah jalan yang ternoktah buat aku dan akan aku buktikan.................walaupun di luar kemampuanku.....

berbagai susah payah aku rasai dalam tahun tahun berikutnya......tak terhitung.......bermula dari seorang helper aku belajar.hinggalah aku di promote sebagai commis setelah 6 tahun aku bekerja....biar pun aku hidup bergelumang bau hanyir darah,luka yang tidak mengenal tempat untuk disinggahi....telah di takdirkan rezeki untuk aku meneruskan hidup dari sumber-sumber sebegitu..aku terima..saat getir dimana aku terpaksa menjaga outlet secara berseorangan selama 3 tahun.....pengikut aku satu demi satu mengundurkan diri.....hingga kini dan hampir mencecah 13 tahun dalam industry perhotelan di bawah label culinary team.satu label yang amat aku banggakan sejak aku mula menyarung pakaian chef ke tubuhku. bidang aku ini banyak mengajar aku erti kesusahan yang menuntut pengorbanan tinggi dan jitu.......

13 tahun ini mematangkan aku tentang apa yang aku lakukan,bukan buat aku tapi masa hadapan ku....

13 tahun ini membuatkan aku mengenal diri dan kemampuan untuk berada di puncak.....

13 tahun ini membuatkan aku mengenal siapa aku..........

13 tahun ini jualah aku mengabdikan diri untuk untuk bidang yang aku sanjungi........

13-09.2010.....aku kembali kepada asal..!!!

walaupun aku tidak mahir memasak semua jenis makanan tapi tanpa orang seperti aku,,takkan lengkap hidangan yang cantik di atas meja.........

KALAULAH KU TAHU...

aku dulunya satu jalan yang tak pernah sudah...
aku dulunya satu tempat melepaskan lelah...
aku dulunya satu daerah yang sempit lagi hina...

kini aku jalan yang sentiasa terang...
kini aku bernafas dengan udara yang segar...
kini aku hati yang ada taman didalamnya...

aku kini...

Dulu aku seorang chef.....itulah yang mendewasakan aku dalam menharungi tahun ke setahun.aku bangga dengan baju putih seragam...pisau dan darah mainan ku setiap masa...


Dulu aku seorang chef.....yang sentiasa terbeban dengan masalah dalam kehidupan seharian.adakalanya seronok,mengujakan dantak lekang jua keperitan otak!!

Dulu aku seorang chef.....aku mengorbankan masa demi melaksanakan segala keperluan untuk org lain...





Kini aku adalah aku......sepertimana aku yang baru habis menghadapi exam...tak perlu nak berfikir sedalam2nya...hanya memikirkan esok ada benda baru nak dilakukan..

Kini aku adalah aku......yang tak dibebani segala masalah duniawi yang dapat memufliskan ....

Kini aku adalah aku......aku lakukan apa yang telah hilang dalam diri aku 10 tahun dahulu...