Pages

April 12, 2014

MAJLIS OUTDOOR Tuan Normaziah & Irwan Nurqumarul ( felda jengka 5 12-04-2014)




 

HUBUNGI untuk TEMPAHAN: azmie  @ anna / https://www.facebook.com/hazmichemanchehassan
019 911 5001 / 019 918 5001
hanya untuk area jengka 4-5-6-7 sahaja

March 21, 2014

Kerjaya dalam diam....ssshhhhh!!

dahulunya saya ..(masa zaman muda2 agaknya.....)ada macam2 cita-cita.itu ini bagai....tapi nampakanya tiada satu pun yg melekat/menjadi.......mugkin kerana ilmu pelajaran tak khatam abess...maka cita2 bila dewasa tu terpaksa terkubur sahaja...tapikan...setiap orang mesti ada bakat2 yg terpendam/yg diri sendiri tak berapa nak sedari pada awalnya....kalau sayalah...antara ceritanya :

Dahulunya saya masa sekolah.........dalam tahun 5 camtu.....arwah mak saya ni bawaklah saya ni ke temerloh,nak gunting rambut katanya......saya pulak masa tu adalah sikit2 menyimpan rambut ekor cicak...(masa tu amat pemes pesyen tersebut habaq hang oiii...)...hati ni duk dak duk dak..camner nak lepaskan diri nak cari alasan supaya tak dipotong ekor tu....saya pun pakat ler cerita ngan mamak kedai tu...ekor jangan gunting..atas tu kasi nipis je tau..." mamak tu angguk mcm paham jee.....tapi "harapkan pagar,pagar tak boleh harap sungguh."....abis di cantasnyer semua ekor aku depan/belakang...aku ni nangis mcm nak sebak jee....ngan mamak tu cukup menyampah...sampai hati ko mamak!!!maka abeslah segala yg aku impian dan pertahan kan selama ini .jadi start pada tarikh itu,masa itu dan sampai sekarang ni....aku terus menjadi pengunting rambut tegar untuk diri sendiri....bayangkan dari darjah 5 (yakni umur 11 tahun umur aku dah cecah 39 tahun....rambut  tak pernah di gunting di mana2 kedai gunting rambut......cukup stress!!cukup angin bila mengenangkannya....

Camner saya gunting rambut sendiri..???senang aja caranya.....perlukan 1 cermin besar....1 cermin muka kecil  dan 1 gunting/sikat......cara mengunting berpandukan sistem reflection.....jadi pada tarikh tu,saya dgn rasminya menjadi penggunting rambut dikalangan diri saya sendiri dan juga untuk rakan2 ...dapat  rm 2-3 pun masa tu dah kira best.....sekarang ni pun adakalanya saya masih mengunting....tapi untuk orang lainlah...saya dapat merealisasikan impian saya untuk berambut panjang....(save gunting untuk 4-5 tahun akan datang...huhuhuhuhu.....)
Buat masa ni,rambut anak2,saya yg potong.....tak sangka2 kerana kes mamak tu,saya dapat menambah rezeki sedikit2 ...alhamdulillah...

Masa sekolah menengah pulak,,saya ni suka sangat melukis...bermula dgn lukisan lanscape(sawah,gunung,sungai)...saya start bermain2 dgn potret...tapi tidaklah terlalu serius...benda alah ni kena menghadap 4-6 jam baru sempurna...tapi benda ni kena melibatkan masa yang cukup....dengan kerja (dulunya),terpaksa tinggal terkakis di makan waktu...........dah berpuluh tahun juga tak memegang pensil dan sketch book...tapi masih ada aura2 melukis tu dalam diri....sekarang ni jadi penasihat utk anak2 je...tukang komen dan kasik markah......hasilnya yg abang dan yg kakak tu,buleh tahan jugak imaginasinya utk melukis ni........

Time keje pulak....selalu jugak bawak kamera poket (digital).....saja amik gambar dan video suka2 ngan rakan2.last2 datang minat pulak berkamera,tapi kurang minat bergambar yeee.....rasanya dah dekat 5 tahu jugak serius main kamera ni.......dari film-digital -DSLR....buat job wedding..?.ada jugak tapi tak selalulah....ikut atas keadaan jugak..

dalam semua cerita tadik,kamera lah yg selalu kat tangan ....mengunting tu kadang2 ajer......bab melukis tu,belom terbuka lagik..........

September 14, 2013

sayap kanan A.K.A RIGHT WINGS

assalamualaikum.......lama tak menulis dan berposting di FB....sibuk sikit sejak akhir2ni...merealisasikan impian arwah emak dan harapan keluarga utk masa depan dan sedikit kesenangan hidup.Menyiapkan sayap kanan A.K.A right wings.....dengan modal yang sangkut2 dan harga barang binaan yang mengalami kenaikan harga,buat yang termampu ajalah.Nilai keseluruhan menyiapkan hampir 30K...Ada sedikit info pasal barang2 yg saya guna.Harga bergantung atas harga pasaran setempat....

keluasan tapak projek  : 26" x  24''

simen 75beg :  RM 1387.50
bata 14 palette : RM 2094.00
pasir sedang 4 lori : RM 1060.00
kayu pelbagai saiz (UTK BAHAGIAN ATAS): RM 1690.00
atap ardex : RM 1190.00


dan akan bertambah sedikit demi sedikit....Projek yg di mulai 13 ogos 2013 dan di jangka siap keseluruhannya menjelang raya haji nanti....



tapak rumah sedang dikerjakan dgn jayanya.......
memasang beam untuk basic lantai.....
di tambun dgn 4 lori pair besar...agar lantai baru sama level dgn rumah yg dah sedia ada...
dah ada lantai pun...

dah pasang bata untuk dinding.... kelihatan bilik air dan ruang hall..

dinding pun dah makin tinggi.......memang sedikit tinggi ...nak elakkan kepanasan waktu tengahari..
kerja bawah dah nak siap, menaikkan bahagian atas (bumbung) pulak........

bumbung sedang di muat naikkan.........



plaster dinding sedang dalam proses...plaster licin,senang nak mengecat nanti....(chop tu hanya  hiasan)...

75% siap...........sempatlah raya haji nanti kot........

sekarang ni ,sedang memasang pendawaian elektrik...



June 24, 2013

MUHD AMIN FAHMI ( angah ) _sedekahkan al fatihah_

....dan kisahnya seperti mana yang di ketahui,mendapat perhatian hampir seluruh rakyat malaysia yang amat prihatin.Sepanjang  menanggung kesakitan,seluruh ahli keluarga memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi  berusaha agar angah pulih kembali.

Tarikh 24 june 2013,jam 3.45 petang...angah meninggalkan kita semua dengan kebahagiaan dan ketenangan setelah bergelumang dengan penyakit kanser hampir 2 tahun lamanya..

Penderitaan keluarga ini (encik muhd khairul nizam dan  puan siti ashirah) tidak dibiar sepi oleh masyarakat .Pelbagai usaha (share,berdoa,bacaan yasin,perubatan ) di lakukan oleh rakan2 terdekat mahupun rakan2 di laman sosial agar angah kembali sihat seperti sediakala...

Solat jenazah dilakukan di rumah bapanya ( encik Muhd Khairul Nizam ) lebih kurang  jam 10.15 pagi tadi..Selesai solat,jenazah di bawa ke tanah perkuburan.

Arwah Muhd Amin Fahmi ( sedekahkan al fatihah ) selamat di kebumikan di tanah pusara felda kaembong jengka 6 lebih kurang jam 11.15 pagi pada 25 june 2013 di kelilingi pusara ahli2 keluarga yang lain.

Sekitar gambar pengkebumian di pusara untuk di kongsi / tatapan insan2 yang amat menyayangi angah hingga ke akhirnya.......Buat yang tidak dapat menziarah...sedekahlah al Fatihah...moga arwah angah tenang di sana......disisi penciptaNYA....AMIN.

Moga ketabahan,kekuatan  keluarga ini menjadi contoh terbaik .










































SEKIAN.terima kasih kerana sudi mebaca coretan sahabat utk sahabat ini...

March 07, 2013

link bergambar di FACEBOOK

http://www.facebook.com/hazmichemanchehassan/photos_albums

November 20, 2012

1986 VS 2012 ...ROCK KAPAK dan DEATH METAL THEME


zaman yg amat berkesan buat anak2 yg lahir sebelum 1980'an.ketika ini negara dilanda dengan kebangkitan penciptaan lagu/lirik yg amat bermutu,ikon fesyen juga berubah dari zaman 70'an kepada yg lebih rugged/berani/menonjol melambangkan perasaan dan prinsip masing2(peminat musik tegardi zaman tersebut).era muzik tanah air juga berkembang pesat.

photsht ini di lakukan dgn beberapa photog yg amat berminat dgn zaman2 kebangkitan era musik rock..maka lahirlah outing yg mungkin dapat mengembalikan sedikit sebanyak nostalgia kepada zaman 1986...zaman rock kapak"