Pages

September 14, 2013

sayap kanan A.K.A RIGHT WINGS

assalamualaikum.......lama tak menulis dan berposting di FB....sibuk sikit sejak akhir2ni...merealisasikan impian arwah emak dan harapan keluarga utk masa depan dan sedikit kesenangan hidup.Menyiapkan sayap kanan A.K.A right wings.....dengan modal yang sangkut2 dan harga barang binaan yang mengalami kenaikan harga,buat yang termampu ajalah.Nilai keseluruhan menyiapkan hampir 30K...Ada sedikit info pasal barang2 yg saya guna.Harga bergantung atas harga pasaran setempat....

keluasan tapak projek  : 26" x  24''

simen 75beg :  RM 1387.50
bata 14 palette : RM 2094.00
pasir sedang 4 lori : RM 1060.00
kayu pelbagai saiz (UTK BAHAGIAN ATAS): RM 1690.00
atap ardex : RM 1190.00


dan akan bertambah sedikit demi sedikit....Projek yg di mulai 13 ogos 2013 dan di jangka siap keseluruhannya menjelang raya haji nanti....



tapak rumah sedang dikerjakan dgn jayanya.......
memasang beam untuk basic lantai.....
di tambun dgn 4 lori pair besar...agar lantai baru sama level dgn rumah yg dah sedia ada...
dah ada lantai pun...

dah pasang bata untuk dinding.... kelihatan bilik air dan ruang hall..

dinding pun dah makin tinggi.......memang sedikit tinggi ...nak elakkan kepanasan waktu tengahari..
kerja bawah dah nak siap, menaikkan bahagian atas (bumbung) pulak........

bumbung sedang di muat naikkan.........



plaster dinding sedang dalam proses...plaster licin,senang nak mengecat nanti....(chop tu hanya  hiasan)...

75% siap...........sempatlah raya haji nanti kot........

sekarang ni ,sedang memasang pendawaian elektrik...



June 24, 2013

MUHD AMIN FAHMI ( angah ) _sedekahkan al fatihah_

....dan kisahnya seperti mana yang di ketahui,mendapat perhatian hampir seluruh rakyat malaysia yang amat prihatin.Sepanjang  menanggung kesakitan,seluruh ahli keluarga memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi  berusaha agar angah pulih kembali.

Tarikh 24 june 2013,jam 3.45 petang...angah meninggalkan kita semua dengan kebahagiaan dan ketenangan setelah bergelumang dengan penyakit kanser hampir 2 tahun lamanya..

Penderitaan keluarga ini (encik muhd khairul nizam dan  puan siti ashirah) tidak dibiar sepi oleh masyarakat .Pelbagai usaha (share,berdoa,bacaan yasin,perubatan ) di lakukan oleh rakan2 terdekat mahupun rakan2 di laman sosial agar angah kembali sihat seperti sediakala...

Solat jenazah dilakukan di rumah bapanya ( encik Muhd Khairul Nizam ) lebih kurang  jam 10.15 pagi tadi..Selesai solat,jenazah di bawa ke tanah perkuburan.

Arwah Muhd Amin Fahmi ( sedekahkan al fatihah ) selamat di kebumikan di tanah pusara felda kaembong jengka 6 lebih kurang jam 11.15 pagi pada 25 june 2013 di kelilingi pusara ahli2 keluarga yang lain.

Sekitar gambar pengkebumian di pusara untuk di kongsi / tatapan insan2 yang amat menyayangi angah hingga ke akhirnya.......Buat yang tidak dapat menziarah...sedekahlah al Fatihah...moga arwah angah tenang di sana......disisi penciptaNYA....AMIN.

Moga ketabahan,kekuatan  keluarga ini menjadi contoh terbaik .










































SEKIAN.terima kasih kerana sudi mebaca coretan sahabat utk sahabat ini...

March 07, 2013

link bergambar di FACEBOOK

http://www.facebook.com/hazmichemanchehassan/photos_albums