Pages

June 24, 2013

MUHD AMIN FAHMI ( angah ) _sedekahkan al fatihah_

....dan kisahnya seperti mana yang di ketahui,mendapat perhatian hampir seluruh rakyat malaysia yang amat prihatin.Sepanjang  menanggung kesakitan,seluruh ahli keluarga memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi  berusaha agar angah pulih kembali.

Tarikh 24 june 2013,jam 3.45 petang...angah meninggalkan kita semua dengan kebahagiaan dan ketenangan setelah bergelumang dengan penyakit kanser hampir 2 tahun lamanya..

Penderitaan keluarga ini (encik muhd khairul nizam dan  puan siti ashirah) tidak dibiar sepi oleh masyarakat .Pelbagai usaha (share,berdoa,bacaan yasin,perubatan ) di lakukan oleh rakan2 terdekat mahupun rakan2 di laman sosial agar angah kembali sihat seperti sediakala...

Solat jenazah dilakukan di rumah bapanya ( encik Muhd Khairul Nizam ) lebih kurang  jam 10.15 pagi tadi..Selesai solat,jenazah di bawa ke tanah perkuburan.

Arwah Muhd Amin Fahmi ( sedekahkan al fatihah ) selamat di kebumikan di tanah pusara felda kaembong jengka 6 lebih kurang jam 11.15 pagi pada 25 june 2013 di kelilingi pusara ahli2 keluarga yang lain.

Sekitar gambar pengkebumian di pusara untuk di kongsi / tatapan insan2 yang amat menyayangi angah hingga ke akhirnya.......Buat yang tidak dapat menziarah...sedekahlah al Fatihah...moga arwah angah tenang di sana......disisi penciptaNYA....AMIN.

Moga ketabahan,kekuatan  keluarga ini menjadi contoh terbaik .










































SEKIAN.terima kasih kerana sudi mebaca coretan sahabat utk sahabat ini...

10 comments:

  1. Terima kasih sahabatku..kenangan yang tidak akan dilupakan. .tq tq tq

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah untuk arwah.muka yang suci buat semua yang memandang jatuh sayang..rindu dikejauhan.

    ReplyDelete
  3. Alfatihah buat bidadari syurga............
    sedih x dapat ziarah angah masa di ppum kerana ibu x tahu nak bw motor ke sana! damailah dikau di sana sayang!

    ReplyDelete
  4. tgk gmbar2 ni sedih kembali...

    ReplyDelete
  5. rindu pada si comel Muhammad Amin Fahmi @ Angah. hari2 tengok perkembangan Angah. tapi.... Allah swt lebih sayangkan dia. dan kerana Angah, saya lebih menghargai, menyayangi anak2 saya.

    Al-Fatihah untuk angah@Muhammad Amin Fahmi.. Syurga tempat mu sayang.

    ReplyDelete
  6. putera titipan syurga...pasti kamu berbahagia di al firdausi... al fatihah sayang... :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih krn upload..Al-fatihah tuk angah..smoga tenang disana..

    ReplyDelete